Assalamualaikum,
hari demi hari kedengaran seruan² yang mengajak kita untuk memboikot barangan² keluaran syarikat yang menyokong kerajaan zionis di Israel… ada juga betulnya, kerana kita umat islam di Malaysia ini sering melaung²kan kecaman dan gesaan untuk keamanan di Palestin, tetapi dalam masa yang sama kita turut menyumbang kepada kemusnahannya…
persoalannya, adakah boikot ini sesuatu yang realistik? kalau nak diikutkan, boikot ini hanya akan berjaya sekiranya kumpulan majoriti turut menyertainya.. persoalan yang kedua, adakah wujud sebarang alternatif lain sekiranya boikot ini dilaksanakan?
1) lihat pada kes Fast food chain yang paling besar kat dunia = McDonald… malangnya masih ramai masyarakat melayu islam yang terus ketagih dengan burger di McD walhal banyak lagi makanan yang lebih sedap n murah dekat dunia ini… di France contohnya, burger Quick rasanya lebih sedap dan dagingnya lebih besar drpd daging burger McD… burger Ramly kat pasar malam or kat tepi jalan pun lebih murah, RM 2 pon boleh dpt burger yg kenyang…
2) utk KFC pun sama kes macam McD… ramai yang suka makan KFC.. kat France ni, status kehalalannya meragukan, masih ramai ambil ringan dan terus membuat kesimpulan tanpa melakukan kajian.. tidak dinafikan, alternatifnya ada.. restaurant ayam goreng milik orang arab seperti Chicken Spot mempunyai rasa yg sama dengan KFC… kat Malaysia pun dah ada beberapa cawangan Radix FC.. tapi aku masih belum try lagi, so xleh komen sgt tentang rasanya..
3) Nestle? yang ini antara yang susah sebab kebanyakan makanan yg kita makan banyak juga Nestle yg produced… Milo dan Susu contohnya… kat malaysia ada ovaltine or vico.. senang² amik teh o je, lagi sihat…
4) Maggi? makanan rasmi students di Malaysia… well, Maggi memang x sehat so kalo boleh elakkan.. tapi kalo terdesak sangat, makan la IndoMie ke, Mee sedap ke… lebih kurang je semua tu..
5) Coca-cola… minuman yang paling x sehat dalam sejarah (selepas arak)… penyebab kegemukan dan kencing manis.. memang terkenal sebagai penyokong negara Israel.. kini sudah bertapak kilangnya di Malaysia… coca cola ni adalah nama sebuah company, yang turut keluarkan jenama² air yg lain seperti Fanta, Sprite dll… pengganti? bnyk lg air lain dalam dunia ni, tapi yg paling baik adalah air kosong..
6) Nokia, connecting people…. well, x bnyk yg perlu dihuraikan.. I guess most of people want to use either Iphone or BBM… x pun pakai la jenama lain seperti Sony Ericcson or Samsung…
7) Starbucks… yang ini memang aku x faham sangat.. Jakim dah sahkan bahawa Starbucks ni haram kat Malaysia, tgk ramai je melayu masuk minum sana.. dah la harga mahal gila.. aku minum kopi secawan baru 40sen.. korang minum sampai RM 5-6 buat apa… wujud di mana², termasuklah di Mekah.. astaghfirullah…
8 ) Intel.. haa yang ni aku mengaku agak sukar sebab kebanyakan komputer kita guna Intel processor.. dari pentium ke core2duo ke i7… alternatif? ada… processor AMD, tidak kurang hebatnya… harganya pun lebih murah.. kelebihan Intel adalah kepantasan dan juga low consumption (jangan masuk bab elektronik huhu), tetapi AMD tidak la tertinggal terlalu jauh… cuma x bnyk komputer kat dunia ini guna AMD, boleh kata nisbah intel: AMD adalah 8:2 kot kalo tgk dalam mana² offer…
dan banyak lagi la produk² yang berkaitan dengan Israel ni.. harus diingat memboikot ini maksudnya berhenti dari membeli dan menggunakan barang² tersebut.. tapi kalau barang² memang telah dibeli tu, jangan la pulak pergi buang.. jangan la duk campak laptop tu dalam tong sampah plak, itu membazir namanya
fikir²kanlah, terserah kepada anda untuk memboikot atau tidak.. saya? saya pilih utk boikot!
sekian, terima kasih…