assalamualaikum,
Just want to share a few thought about secularism:
- Sekularisme (secularism) bermaksud memisahkan sesuatu benda dalam kehidupan seharian daripada agama. Contohnya, pekerjaan seharian yang dipisahkan daripada sebarang aktiviti keagamaan.
- Sesetengah negara seperti France memang mengamalkan prinsip sekularisme. Pada mereka, negara mereka akan menjadi lebih maju dan lebih mudah ditadbir sekiranya prinsip ini diamalkan.
- Contohnya, bayangkan dalam suatu negara ada 3 agama dan setiap agama mempunyai sekurang²nya 3 hari keagamaan yang penting untuk diberi cuti. Jadi sekurang²nya 9 hari bercuti harus diberi kepada semua pelajar dan pekerja. Itu x masuk lagi cuti² tambahan supaya rakyat masing² boleh balik kampung/ berkumpul bersama ahli² keluarhga yang lain…
- Mereka juga berpendapat bahawa tempat kerja adalah semata² untuk bekerja, jadi tidak perlu la sediakan ruang tempat dan masa utk pekerja²nya menjalankan ibadah. Mungkin bagi mereka 5 minit utk bersolat atau 1 jam setiap jumaat utk ke masjid adalah satu kerugian masa yang nyata. Kebanyakan berpendapat bahawa hidup adalah utk bekerja dan mencari duit sebanyak mungkin, utk sara diri dan keluarga, serta memenuhi keperluan dan kehendak nafsu mereka. Tanpa perlu bersyukur dan berterima kasih kepada pemberi nikmat yang dikurniakan…. lalu terus menjadi leka dan alpa dengan apa yang mereka miliki (sila cari maksud Istidraj)…
- Antara yang sering menjadi isu (termasuk di negara² majoritinya umat islam) adalah POLITIK. Ramai yang mempertikaikan sesetengah pihak yang mencampur adukkan politik dalam agama. Kepada mereka, saya nasihatkan supaya baca balik buku pendidikan agama islam tingkatan 1 terbitan DBP, pasti akan tertulis bahawa politik merupakan satu cabang agama islam.
- Pada pihak² ini, kuasa ulama², ustaz² dan imam² hanya terhad di dalam masjid dan sekolah² agama sahaja, tidak perlu dibawa keluar. Mereka juga berpendapat bahawa masjid itu tidak terlalu penting, hanya dikunjungi ketika solat jumaat, solat terawikh dan solat sunat hari raya, ketika menghadiri majlis bacaan yassin anak mereka nak periksa.. atau pada sesetengah pihak, masjid hanya tempat utk melakukan sumpah laknat terhadap seseorang…
- Apabila sekular berleluasa, nilai² agama yang murni tidak diserapkan di dalam kehidupan seharian. Sebagai kesannya, manusia mudah leka dan alpa. Harta dan pangkat mula menjadi ukuran dan objektif utama. Ada yang mula menjadi lupa dan menyalahgunakan kuasa yang diberikan.
- Ya, mungkin mereka akan menang di dunia yang sementara ini, tetapi bagaimana pula dengan dunia selepas kematian? mampukah harta² dan pangkat yang mereka kejarkan dan miliki itu menjami mereka utk menjadi golongan di sebelah kanan?
Maaf kalau ada yang tersinggung… pendapat ini adalah berdasarkan beberapa bacaan dan perbincangan dgn rakan²… pengalaman di France ini banyak mengajar sebenarnya… in France, one can earn a lot of money, but most of them need to sacrifice their daily praying time (for Muslim especially, lots of them cannot do Zuhur and Asar prayer because of classes or works)… I bet some of them can count how many times they went to mosque for Friday Prayer in a year…. some of whom don’t even remember the last time they went to mosque on friday…