assalamualaikum,
tahukah anda bahawa wang kertas yang anda guna setiap hari itu tidak intrinsic intrinsic value? Ianya hanyalah diperbuat daripada potongan kertas yang telah dicop dgn nilai tertentu. Nombor yang tertera di atas kertas itu pula telah ditentukan oleh kerajaan, tanpa berdasarkan kepada apa² yang berharga… hanya bergantung kepada USD. Sejak dari tahun 1971, USD telah bebas dari sebarang tambatan dengan emas. IMF sekarang pun telah melarang mana² negara ahli utk mengikat matawang masing² bersandarkan nilai emas…
persoalannya, wang kertas negara kita kualitinya seakan² sama kualiti kertas yg digunakan utk USD… printing pun x jauh beza kualitinya, tetapi macamana nilai 1 USD boleh jadi 3 kali ganda nilai RM 1? kenapa duit syiling 1£ boleh ditukarkan menjadi 10 keping duit syiling 50sen di Malaysia?